Monday, April 28, 2008

Birthday anakku yang ke4




Assalamualaikum,
Oleh kerana waktu nak sambut birthday anak aku ni...dia dan adikmyer tak berapa sihat...so..kitaorang sambut ala kadar jer....yang penting anakku itu tahu yang dia dah semakin besar...tahun depan dah nak ke sekolah....ya..Allah bantulah hambamu ini dalam mendidik anak-anakku agar menjadi insan yang soleh dan solehah serta menjadi insan yang cemerlang.
Wassalam

Bagaimanakah Malam Pertama Kita

Bagaimanakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti; Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Tuesday, April 15, 2008

MODEM AKU


Post yang lalu aku ada bagitau yang aku dah register dengan Celcom Broadband.
Ha Ha Ha hari ni aku nak tunjuk korang modem aku. Modem ni jenis option. Tak banyak ada. Kebanyakan jual huawei. Modem ni supports 3.5G dan 7.2Mbps. Buatan Belgium dan support untuk E.U.

Wednesday, April 2, 2008

PROTON RECALLS SAVVY


Proton recalls Savvy to check wheel bearing problemBERNAMAKUALA LUMPUR, mon:
Proton's Savvy city carProton is recalling its Savvy cars to address the possibility of water entry into the rear wheel bearing which could lead to a malfunction."The safety and satisfaction of our customers is a primary concern. As a precautionary measure, we are recalling all Savvy's for inspection and repair.We do apologise to all Savvy owners for any inconvenience," managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said in a statement here today.The recall will affect 34,000 Savvy cars and Proton will conduct the necessary checks and replacements at no cost to the customer.Proton said all Savvy owners are advised to take their cars to the nearest Proton Edar or EON service branches for an inspection."This recall is purely a precautionary measure as the convenience and safety of customers is Proton's highest priority," Proton said.Customers are encouraged to immediately contact the nearest service branches for an appointment to have their cars inspected. As an alternative, they can call Proton i-Care at 1-300-880-888.

Kali Pertama

Salam...
Nilah kali pertama aku nak joint blog. Baru signup ngan celcom broadband. hehe...hee...
so far oklah...cumer kengkadang tu asyik disconnected jer....pening gak aku.
per per halpun aku ucapkan welcome buat diri aku...ha..ha...aha...jangan mare....
aku harap korang taklah bosan masuk blog aku yer.....
wassalam