Friday, June 27, 2008

EURO 2008




Akhirnya tumpaslah Rusia di tangan Sepanyol. Kekalahan kedua Rusia kepada Sepanyol dalam EURO 2008. Sedihlah kan pasal aku suka corak permainan Rusia. Ada iras-iras Arsenal. Tapi apakan daya selepas gol pertama tu terus goyah permainan Rusia. Walaubagaimanapun aku rasa man of the match adalah Fabregas. Pemain Arsenal tu.....
jumpa lagi di final German vs Spain.

RENUNGAN JUMAAT : HASAD DENGKI


Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."
Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wallahualam..

Thursday, June 26, 2008

Solat mampu atasi masalah mati pucuk, sakit pinggang


KUALA LUMPUR: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.

Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini.

*Besarnya rahmat ALLAH SWT.....baru sekarang kita sedari....SUBHANALLAH

Monday, June 23, 2008

TEA FINE PROCESSING CHINA-PART 3






SALAM...NI LAGI GAMBAR2...YANG LAST TU NASI GORENG SEGERA....CAM X CAYA JER...TAPI TULAH HAKIKATNYA...CUMA TAMBAH AIR PANAS MENGIKUT SUKATAN....TU KAWAN AKU CHINESE YANG BELI...NAMPAK PELIK...AKU AMBILLAH GAMBAR

TEA FINE PROCESSING CHINA-PART 2






Ni lagi gambar2....

TEA FINE PROCESSING-CHINA






Salam. Ramai plak kengkawan yang minta aku masukkan gambar masa aku kursus di china dulu. Sebenarnya lepas ajer confirm aku ditawarkan untuk pergi kursus ni selama 20 hari di Hunan Agricultural University, Hunan Province, People Republic of China. Aku menghadiri kursus ni pada tahun lepas. Dalam bulan 9. So korang enjoylah dengan gambar nie k. Nanti aku upload lagi k....Adios..

EURO 2008





Adui....sedih jer tengok team aku terkeluar. Kalah di saat akhir plak tu.
Semangat dorang dah drop lepas seri dalam masa tambahan tu. tapi walau apa pun satu lagi pasukan yang aku dah jangka akan pergi ke final ialah RUSIA. Pasukan ini rata-rata pemainnya adalah muda. Dalam lingkungan 20-an. Ini sesuatu yang menarik ni.

Thursday, June 19, 2008

Surat dari seorang ibu yang sangat ter "mithali"nya



Apa nak jadi dengan dunia hari ini...
Astaghfirullahalazim.....

GC Short Course @ UTM Skudai





Salam...salah satu sebab aku lama x update pasal aku kena pergi kursus nilah...
pada mulanya aku ingatkan permohonan aku untuk menghadiri kursus ini tak berjaya...
Alhamdulillah berjaya....dapatlah aku meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan instrument gc ni...korang nak tau...lepas jer balik dari kursus tu aku dah ken tukar column...kalo x silap masa kursus tu xder praktikal ni...kena bukak balik note2 yang masa kursus tu....harap2 kengkawan kalo ada apa2 kita kongsilah pengalaman bersama...
adios...

Dari KFC ke RFC



HPA buka restoran

Now is Open at Sungai Petani ( Kedah )

100% halal – Syarikat Bumiputra, menggunakan ayam Organic

1 JUN bermula di Sungai Petani, RFC telah dirasmikan......


HPA akan buka Hotel dan Restoran Radix Fried Chicken. Boleh lihat Metro ruangan Bisnes Isnin 25 hb Feb 2008

EURO 2008!!!!


Ha..ha...euro 2008 dah bermula...apa pasukan yang korang sokong....
aku sokong. Aku rasa ramai yang sokong Belanda, Sepanyol, Portugal, dan German...
ha...ha...pasukan pilihan aku kali ni...pasukan underdog....CROATIA....pada aku pasukan ni ada sesuatu yang unik....sama-samalah kita tonton hingga ke akhirnya...

PeLuK iSTeRi BoLeH PaNjAnG uMuR .. :)


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. `

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

dipetik dari raudhah.com

ORIENTASI USM





ASSALAMMUALAIKUM,
Dah lama rasanyer aku tak update di blog ni...almaklumlah sibuk sikit....
bermula 26 Mei 2008 , sahlah aku menjadi student semula. Aku telah memulakan tugas keduaku sebagai pelajar jarak jauh usm. Dengan major kimia dan minor pengurusan, agak berat juga.....almaklumlah dengan tugas seharian dan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak lagi....ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Tetapi yang tak dapat dilupakan adalah kenangan bersama teman-teman baru yang bersama-sama berjuang demi masa depan. Buat kengkawan yang memberi semangat....terima kasih...doakanlah aku berjaya dengan cemerlang....
adios....