Salam . Baru saja install windows live essential 2011. and now trying to upload from windows live writer to my blog. Testing testing…..he..hee
Sunday, October 10, 2010
Monday, October 4, 2010
Dai atau Daki???
Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini. Tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yang ditugaskan kepada kita.
Setiap orang telah Allah meletakkan penghargaan sebagai khaira ummati iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.
Firman Allah SWT, maksudnya:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat:Ayat 33)
Apakah itu dakwah?
Dakwah ialah mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada kerosakan. Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya. Cukuplah untuk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.
Dai bukan Daki
Sesuatu yang menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam. Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi iktibar. Saya terkilan dengan beberapa kelompok manusia yang kononnya melaksanakan dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dalam masa yang sama mereka tertinggal satu elemen yang sangat penting dalam berdakwah. Peristiwa ini berlaku kepada kenalan saya sendiri. Dia hebat. Dalam banyak perkara, saya kagum dengan dia. Cuma saya terkilan dengan tindakan melulunya dalam melabel manusia dengan gelaran yang buruk. Tiada sifat berbaik sangka.
Kesilapan Kita
Kita jahil. Oleh itu, kira perlu mempelajari ilmu. Kita tidak sedar, bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kepada kebaikan, bukannya melaknat manusia. Apa yang terjadi, si dai itu marahkan sahabatnya yang kononnya suka mencarut, lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan lalu dihebahkannya pula. Apa kurangnya dia dengan syaitan? Hanya tahu memalukan orang lain sahaja!
Tembok Kebencian
Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yang menyeru kepada kebaikan dibenci. Mereka bukan dibenci kerana tanggungjawab Islam, sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka, menjual nama Islam dengan nafsu. Ramai daripada kita yang menegur, berdakwah dan menasihat kerana kepentingan peribadi seperti mahu dipandang mulia oleh orang lain.
Ada. Saya sangat pasti mengenai kewujudan golongan ini. Lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog. Dia akan menghentam orang itu habis-habisan, melabelnya dengan label yang keji kerana mahu menunjukkan dirinya baik. Tidakkah kita sedar, bahawa Iblis yang pernah menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat, "Ana khairun minhu," maksudnya "Aku lebih baik daripada dia!"
Bersangka Baik
Husnudzon. Semua orang tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tetapi tidak tahu mempraktikkannya. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin orang yang kita tegur itu, hari ni dia tidak mahu dengar, tapi jangan sesekali kita mencanangkan keburukannya.
Pada zaman Rasulullah dahulu, Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama orang munafik dan ia adalah rahsia. Ia adalah rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama orang munafik, apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah untuk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu orang yang tertutup hatinya?
Hikmah Kebijaksaan
Allah berfirman maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."(Surah An-Nahl: Ayat 125)
Apa yang kita faham tentang hikmah? Ibn Khatsir menafsirkan hikmah itu dengan kemampuan seseorang menerima teguran kita. Kalau orang tua, tegurlah dengan cara orang tua. Kalau kawan-kawan, tegurlah dengan cara kawan.
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."
Imam Syafie
Keburukan orang lain bukannya bahan untuk dijadikan senda tawa, atau topik umpatan, sebaliknya keaiban orang lain harus kita pelihara. Jika dia sudah insaf, Alhamdulillah. Jika masih belum insaf, teruskan berusaha. Itu saja.
Menanam Bunga
Bagi saya, orang yang berdakwah ini sama seperti orang yang menanam bunga. Ini bukan kerja yang hasilnya ekspres. Kita tidak boleh mengaharap bahawa jika hari ni kita dakwah, esok dia akan berubah. Tidak sama sekali! Sama seperti orang menanam bunga, kerjanya takkan selesai dengan hanya menyemai benih. Dia perlu menyiram, membaja dan melindungi pokok daripada serangan serangga perosak.
Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari. Nasihat setiap hari. Sayang pun setiap hari. Dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dengan mereka baik. Usah kita mudah melaknat pokok yang belum berbunga, kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang, airnya tidak cukup, atau mungkin persekitarannya tidak sihat. Siapa tahu? Atau mungkin juga kerana Tuhan memang tidak mahu dia tumbuh berbunga, siapa boleh bantah?
Kesimpulan
Harus kita ingat, kewajipan kita ialah menegur kesalahan, menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran. Allah tidak menyuruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan orang lain. Persaudaraan Islam itu perlu dijaga bahkan asas dalam berdakwah ialah kasih sayang. Jangan lagi menegur kerana benci atau dendam. Tegurlah kerana sayang.
Jangan membenci pelaku maksiat, sebaliknya benci hanya kepada maksiat yang dilakukan. Akibat jahil dan tidak berhikmah, orang lain bukan sahaja menjadi semakin jauh daripada Islam sebaliknya membenci Islam. Siapa yang mahu bertanggungjawab di atas perkara ini? Kita selalu mengina orang lain kerana kesilapan yang dilakukannya, tapi pernahkah kita mendoakan mereka? Adakah kita dai atau daki?
credit to IluvIslam.com

Subscribe to:
Posts (Atom)