Thursday, August 9, 2012

Qiamulail....

Allahu....tenang sungguh rasanya pagi ini. Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini dapatkah aku mengejar/ menjumpai malam lailatulqadar? Hanya Allah saja yang mengetahui. Walaubagaimanapun aku akan cuba dan terus mencuba mencari malam yang penuh keberkatan ini. Ya Allah bantulah dan berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk terus mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan ini.

Lukisan Aiman

Alhamdulillah sahur berlalu lagi di 10 terakhir ramadan ini. Pagi ini selepas sahur anakku melukis lagi,  tapi kali ini aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar apanyangbtelah dilukisnya. Erm... Dan kengkawan juga memuji lukisannya. Mungkin ini anugerah tuhan padanya. InsyaAllah aku takkan menghalang sangat tapi aku akan mengawal agar dia tidak ketinggalan dalam pelajarannya.....


Tuesday, August 7, 2012

New apps

Alhamdulillah apps blogger sudah boleh digunakan di Tabku. InsyaAllah bolehlah aku mula menulis semula. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menulis dan memahirkan kebolehan menulisku. Amin...

Tuesday, February 7, 2012

Dia Pernah Mencintaimu

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan. Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Aneh. Mencintai insan yang belum ada. Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa. Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi. SENYUMAN PERPISAHAN Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid.

Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi. Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H, Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid. “Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf.

Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu. Wajah itu mengubat rindu mereka. Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat. Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin. Sangka mereka itu senyum kesembuhan. Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan… Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya. “Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian. Tangan itu rebah terkulai. Basah dalam bejana air. Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya. Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan. Merindui saudara-saudaranya.

Kita. SEBUAH PERTANYAAN CINTA Justeru… Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu? Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu? Hati kecil itu tidak mampu berbohong. Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu…. “Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Thanks to: ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG

Wednesday, February 1, 2012

Kursus intensif

Sekarang ni aku masih lagi di USM. Harapnya inilah tahun terakhirku. Minta sahabat doakan aku ya. Wassalam

Tuesday, July 26, 2011

Solat Terawih: Sejarah – Hukum – Kaifiat

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.

Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Takrif Solat Terawih:

Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.

Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.



Waktu Melakukan Solat Terawih.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.



Hukum Solat Terawih

Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.

Sejarah Terawih:

Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].

Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Abi Zar t meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda:

((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.

Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Khalifah Umar bin Al-Khatab ra ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.

Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.



Cara Perlaksanaan Solat Terawih.

Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.

Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.

Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.



Bilangan Rakaat Solat Terawih.

Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:

صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.

Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”

Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.



Antara Kualiti dan Kuantiti.

Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.

Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).



Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:

1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]

2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.

3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.

Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.

4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:

لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .

Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].

Sabda Baginda saw lagi:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ

Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].

Berdasarkan perbincangan di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.

Sekian.

ِِِAkhukum, Abu Anas Madani.

Pondok Sungai Durian, 4 Ramadhan 1430H.

Rujukan:

- التراويح أكثر من ألف عام في مسجد النبي عليه الصلاة والسلام. – الشيخ عطية محمد سالم.

- حكم التراويح والزيادة فيها على إحدى عشرة ركعة. – دكتور عبد الرحيم الهاشم، دار ابن الجوزي، 1426هـ.

- تيسير الفقه في ضوء القرآن والسنة (فقه الصيام) دكتور يوسف القرضاوي.

Terima kasih Abu Anas Madani... http://www.abuanasmadani.com/?p=409

Monday, February 7, 2011

PET hate: Checking contaminants in recycled polyethylene terephthalate

Recycled plastics: dirtiness can be an obstacle

Recycle, recycle, recycle. One of the environmental mantras that will help to "save the planet." Or, to put it more accurately, save the human race. The planet has shown over its lifetime that it can recover from disaster quite nicely, but that is another argument.

In the recycling industry, plastic is one of the more attractive options, partly because there is so much of it in circulation. About 4% of the global annual oil production is used as a feedstock for plastics production and an additional 3-4% during manufacture. So, there is a high potential for conserving fossil fuels, which are non-renewable.

A high proportion of plastic waste is used in packaging, such as food trays and bottles. A large number of plastic bottles are currently wasted, rather than recycled, which is disappointing because they are generally produced from polyethylene terephthalate (PET), a soughtafter plastic for recycling plants. It has a low content of additives and a low susceptibility for the uptake of contaminants.

Despite these attractive properties, recycled plastics are rarely used in food packaging due to concerns about food safety. Any contaminants present must be at acceptably low levels, whether they originate from the original plastics, the material in contact with the plastic article, or the recycling process itself. Subsequent migration from the recycled packaging into food must be less than 10 µg/kg, according to the European Food Safety Authority.

To this end, the EU introduced a challenge test in 2008 as a requirement for recycled plastics intended to come into contact with food. In this test, a set of contaminants are added to the plastics to see how well they are removed by the cleaning process and success relies on the ability of the screening method to measure the amounts of contaminants remaining in the plastic material.

PET challenge test: two screening methods compared

A team of scientists in Spain has compared two methods that are used to extract and measure the contaminants in recycled PET. Cristina Nerin, Juliana Felix and Pilar Alfaro from the Aragon Institute of Engineering Research at the University of Zaragoza added the surrogate compounds to virgin pellets and also analysed recycled PET flakes donated by an industrial recycling company.

Toluene, chlorobenzene, phenol, limonene and benzophenone were the chosen contaminants. In a preliminary screening procedure by headspace SPME with GC/MS analysis, all five compounds were identified but the peaks for phenol, limonene and benzophenone became saturated, even when the amount of sample was reduced, so this technique could not be used for quantification.

So, the first selected procedure involved total dissolution of PET to accomplish total release of the trapped contaminants. PET is relatively insoluble, but dichloroacetic acid (DCAA) was found to do the trick, as opposed to solvents such as toluene and dichloromethane which only achieved partial dissolution.

The solution was sampled by headspace SPME with a polydimethylsiloxane fibre, followed by GC/MS on a 5% phenyl methylsiloxane column with detection in selected ion monitoring mode.

This method proved unsatisfactory on several counts. In the first instance, limonene was degraded by DCAA into several related terpenoids, so its peak in the chromatogram was much smaller than expected. Secondly, there was no phenol peak due to conversion to a non-volatile oxonio ion by DCAA that remained in solution.

Above all this, the concentrations of the remaining compounds were lower than expected according to information from the suppliers, which was attributed to saturation of the SPME fibre.

The second challenge test procedure examined proved to be more successful. The PET samples were powdered before ultrasonic extraction with dichloromethane and GC/MS analysis on a similar column.

In this case, all of the contaminants were detected and their concentrations were all larger than those determined by the first method for contaminated PET flakes. The relative standard deviations of the measurements were low at 0.3-6.6% based on replicate analyses.

The contaminants were not detected in virgin PET flakes, as expected, and their levels in recycled PET were all below the levels of quantification, confirming that the cleaning process during recycling was highly efficient.

This research illustrates the importance of the extraction procedure. Minimising sample handling by total dissolution and SPME did not provide the best approach and would deliver misleading results. Conversely, extraction without dissolution, as in the second method, may not remove all of the contaminants but it was overcome in this work by powdering the sample first.

Adoption of the preferred procedure will provide an accurate test of recycled PET material to ensure that it has been cleaned efficiently and any contaminants have been removed before reprocessing.
Related links

Analytica Chimica Acta 2011, 687, 67-74: "Pros and cons of analytical methods to quantify surrogate contaminants from the challenge test in recycled polyethylene terephthalate"

Sunday, October 10, 2010

Windows Live Essential 2011

Salam . Baru saja install windows live essential 2011. and now trying to upload  from windows live writer to my blog.  Testing testing…..he..hee

0321643054

Monday, October 4, 2010

Dai atau Daki???

Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini. Tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yang ditugaskan kepada kita.

Setiap orang telah Allah meletakkan penghargaan sebagai khaira ummati iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.

Firman Allah SWT, maksudnya:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat:Ayat 33)

Apakah itu dakwah?

Dakwah ialah mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada kerosakan. Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya. Cukuplah untuk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.

Dai bukan Daki

Sesuatu yang menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam. Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi iktibar. Saya terkilan dengan beberapa kelompok manusia yang kononnya melaksanakan dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dalam masa yang sama mereka tertinggal satu elemen yang sangat penting dalam berdakwah. Peristiwa ini berlaku kepada kenalan saya sendiri. Dia hebat. Dalam banyak perkara, saya kagum dengan dia. Cuma saya terkilan dengan tindakan melulunya dalam melabel manusia dengan gelaran yang buruk. Tiada sifat berbaik sangka.

Kesilapan Kita

Kita jahil. Oleh itu, kira perlu mempelajari ilmu. Kita tidak sedar, bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kepada kebaikan, bukannya melaknat manusia. Apa yang terjadi, si dai itu marahkan sahabatnya yang kononnya suka mencarut, lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan lalu dihebahkannya pula. Apa kurangnya dia dengan syaitan? Hanya tahu memalukan orang lain sahaja!

Tembok Kebencian

Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yang menyeru kepada kebaikan dibenci. Mereka bukan dibenci kerana tanggungjawab Islam, sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka, menjual nama Islam dengan nafsu. Ramai daripada kita yang menegur, berdakwah dan menasihat kerana kepentingan peribadi seperti mahu dipandang mulia oleh orang lain.

Ada. Saya sangat pasti mengenai kewujudan golongan ini. Lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog. Dia akan menghentam orang itu habis-habisan, melabelnya dengan label yang keji kerana mahu menunjukkan dirinya baik. Tidakkah kita sedar, bahawa Iblis yang pernah menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat, "Ana khairun minhu," maksudnya "Aku lebih baik daripada dia!"

Bersangka Baik

Husnudzon. Semua orang tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tetapi tidak tahu mempraktikkannya. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin orang yang kita tegur itu, hari ni dia tidak mahu dengar, tapi jangan sesekali kita mencanangkan keburukannya.

Pada zaman Rasulullah dahulu, Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama orang munafik dan ia adalah rahsia. Ia adalah rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama orang munafik, apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah untuk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu orang yang tertutup hatinya?

Hikmah Kebijaksaan

Allah berfirman maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."(Surah An-Nahl: Ayat 125)

Apa yang kita faham tentang hikmah? Ibn Khatsir menafsirkan hikmah itu dengan kemampuan seseorang menerima teguran kita. Kalau orang tua, tegurlah dengan cara orang tua. Kalau kawan-kawan, tegurlah dengan cara kawan.
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."
Imam Syafie

Keburukan orang lain bukannya bahan untuk dijadikan senda tawa, atau topik umpatan, sebaliknya keaiban orang lain harus kita pelihara. Jika dia sudah insaf, Alhamdulillah. Jika masih belum insaf, teruskan berusaha. Itu saja.

Menanam Bunga

Bagi saya, orang yang berdakwah ini sama seperti orang yang menanam bunga. Ini bukan kerja yang hasilnya ekspres. Kita tidak boleh mengaharap bahawa jika hari ni kita dakwah, esok dia akan berubah. Tidak sama sekali! Sama seperti orang menanam bunga, kerjanya takkan selesai dengan hanya menyemai benih. Dia perlu menyiram, membaja dan melindungi pokok daripada serangan serangga perosak.

Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari. Nasihat setiap hari. Sayang pun setiap hari. Dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dengan mereka baik. Usah kita mudah melaknat pokok yang belum berbunga, kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang, airnya tidak cukup, atau mungkin persekitarannya tidak sihat. Siapa tahu? Atau mungkin juga kerana Tuhan memang tidak mahu dia tumbuh berbunga, siapa boleh bantah?

Kesimpulan

Harus kita ingat, kewajipan kita ialah menegur kesalahan, menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran. Allah tidak menyuruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan orang lain. Persaudaraan Islam itu perlu dijaga bahkan asas dalam berdakwah ialah kasih sayang. Jangan lagi menegur kerana benci atau dendam. Tegurlah kerana sayang.

Jangan membenci pelaku maksiat, sebaliknya benci hanya kepada maksiat yang dilakukan. Akibat jahil dan tidak berhikmah, orang lain bukan sahaja menjadi semakin jauh daripada Islam sebaliknya membenci Islam. Siapa yang mahu bertanggungjawab di atas perkara ini? Kita selalu mengina orang lain kerana kesilapan yang dilakukannya, tapi pernahkah kita mendoakan mereka? Adakah kita dai atau daki?

credit to IluvIslam.com

Monday, August 16, 2010

Antioxidants attacked

There are established links between the consumption of foods containing high levels of antioxidants and protection against diseases related to oxidative stress, such as diabetes, cancer, stroke and heart disease. As a result, there is great interest in the measurement of antioxidant levels in fruit, vegetables and beverages, as well as human biological fluids.

The better methods separate the antioxidants first before measurements are taken, so that the levels of individual compounds can be determined, rather than simply the total levels of antioxidants present. To this end, several methods based on HPLC have been developed and one of more popular ones involves a free radical scavenger.

A solution containing the 2,2'-diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH) radical is added post-column to react with the separated antioxidants, which are radical scavenging species. This reaction depletes the radicals and their purple colour is changed to a pale yellow as the corresponding hydrazine derivative is formed. The antioxidants are measured from the change in absorbance by a UV-visible detector.

There are many different published versions of this assay, with such variations as the size of the DPPH reaction coil, the reaction conditions and the solution flow rate. Now, researchers in Australia have attempted to produce the definitive DPPH method by optimising the experimental factors believed to influence the reaction with antioxidants.

Paul Francis and colleagues from Deakin University, Geelong, and the University of Western Sydney used eight common food-based antioxidants as model compounds, such as caffeic acid, ferulic acid, quercetin and rutin. Mixtures of the analytes were separated on a monolithic silica column with a methanol-citrate buffer as mobile phase.

They optimised the concentration and pH of the DPPH solution and studied the effects of degassing the reagent solution with nitrogen or helium. The length and temperature of the reaction coil were also examined.

The chosen set of conditions was then applied to the analysis of antioxidants in an extract of dried thyme and an infusion of green tea. For thyme, the same compounds were detected as in published studies, but their peaks were significantly more intense. In addition, the shorter reaction coil provided greater chromatographic resolution.

The antioxidants were more concentrated in the tea infusion than in thyme. However, the optimised procedure provided better resolution, displaying four distinct peaks in one region where the published methods displayed two broad peaks with shoulders.

So, by careful examination of the individual factors involved in the reaction of DPPH with the antioxidants, better sensitivity and resolution were achieved, although their detection limits were not published in this report.

A team of Turkish researchers took a different view to the DPPH methods, claiming they have several inherent weaknesses, including the short lifetimes of the DPPH radicals. Their alternative was to apply the CUPRAC reagent, which was developed in their own lab, and has been shown to be less dependent than other post-column reagents on pH, mobile phase composition, dissolved oxygen and daylight.

CUPRAC is the Cupric Reducing Antioxidant Capacity method and uses a Cu(II)-neocuprine reagent for the post-column reduction of antioxidants eluting from the column. The change in absorbance of the reagent at 450 nm is measured for antioxidant quantitation, as the reagent colour is changed from light blue to pale yellow during its reduction to the Cu(I)-neocuprine complex.

Resat Apak and co-researchers from Istanbul University optimised their method using standard solutions of common antioxidants. They were detected at 280 nm after elution from a C18 column with a gradient of methanol in ortho-phosphoric acid, before post-column reaction with CUPRAC in a reaction coil and detection at 450 nm.

The detection limits were about 0.2-3.5 µM, which were up to two orders of magnitude lower than previously reported values for the DPPH assay. The linear calibration ranges were 40-200 µM.

The method was demonstrated with the analyses of the antioxidants in extracts of dried green tea, mint and sweet marjoram. The main antioxidants were identified in each case and their contributions to the total antioxidant content were estimated. Flavonoids, phenolic compounds such as catechins, and hydroxycinnamic acids were found.

The researchers preferred the CUPRAC reagent because it did not suffer some of the problems encountered with DPPH, such as sensitivity to air, light, solvents and complex reaction kinetics. It facilitated the analysis of the antioxidants in plants and should provide a competitive alternative to the existing radical-based assays.

Related links:

* Analytica Chimica Acta 2010 (Article in Press): "High-performance liquid chromatography with post-column 2,2'-diphenyl-1-picrylhydrazyl radical scavenging assay: Methodological considerations and application to complex samples"
* Analytica Chimica Acta 2010, 674, 79-88: "Determination of antioxidants by a novel on-line HPLC-cupric reducing antioxidant capacity (CUPRAC) assay with post-column detection"