Thursday, April 29, 2010

MENGAPA SAUDARA MERASA TIDAK CERIA ?


Dalam Ruangan Cerdik Baik oleh Dato Fazilah Kamsah

1. Tidak Berada Dalam HidayahNya.Hidayah bermaksud Petunjuk yg disertai dgn rahmatNya.Al-Ghazali berkata dlm Bidayatul Hidayah maksudnya : Hendaklah engkau tahu bahawa hidayah itu adalah buah drp ilmu yg dituntut dgn keikhlasan kdpNya.
2.Kejahilan.Kejahilan mengakibatkan kepayahan & penderitaan , contohnya orang2 yg tidak mahu belajar ilmu2 Islam hingga mngakibatkan kehidupannya penuh dgn pelbagai perkara yg diharamkan.Demikian pula sikap bodoh sombong dimana seseorg malu utk bertanya jalan2 keredhaan Allah dan pintu2 rezki yg sungguh banyak.Orang seperti ini akan terus berada dlm kesusahan krn kejahilan & kesombongannya itu.
3.Tidak mahu mengamalkan ilmunya.Orang seperti ini akan sentiasa berada dlm konflik kerana amalannya berlawanan dgn keyakinanannya,sebagai contoh para penerima rasuah,mereka tetap akan berkata dlm hati kecilnya bahwa ia adalah satu dosa.Tetapi krana desakan nafsu maka dia akan menurutinya.
4.Jauh daripada Allah swt.Ingat saudara,dalam hadis sahih, kumpulan kitab Ringkasan riyadus salihin Terbitan Telaga Biru,dlm bab Qiyamullail, apabila bangkit di awal pagi utk bertahajjud maka segenap ikatan iblis yg beratutan di badannya akan luput.Sebaliknya apabila dia terus tidur maka dia akan dikencing oleh syaitan pd telinganya, lalu bangkitlah dia kemudiannya dlm keadaan kaslan ( malas ) Khabitahannafs ( menderita ).Bagaimana tak menderita ????

Petikan daripada Majalah solusi, Isu Ke 19

No comments: