Friday, August 17, 2012

Konvokesyen

Alhamdulillah tarikh konvokesyen aku sudah diketahui. Akhirnya berjaya juga aku memperolehi ijazah walaupun sudah agak jauh ketinggalan dengan rakan-rakan seperjuanganku masa Diploma dulu. Ada yang sudah menghabiskan PHD pun.... Apapun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun dengan bebanan kerja yang agak banyak akhirnya aku berjaya juga. Terima kasih juga buat isteri, anak-anakku yang memahami, ibuku yang tak jemu-jemu mendoakan kejayaan anaknya serta sahabat-sahabat yang menyokong aku. Semoga Allah saja yang membalas jasa anda semua.


No comments: