Friday, August 24, 2012

Motivasi : Tips – 8 Motivasi Diri Menyambut Aidil Fitri Penuh Cahaya

Sinar cahaya yang bagaimanakah yang akan menerangi wajah-wajah kita di pagi 1 Syawal? Ramadhan al-Mubarak, akan berlalu dan berakhir. Sudah menjadi sunnatullah setiap yang datang akan pergi. Begitu juga dengan tetamu yang mulia ini akan meninggalkan kita semua. Bagi jiwa-jiwa yang merasai kehebatan, kebarakahan dan keistimewaan Ramadhan akan terasa kesayuan untuk berpisah dengannya.

Ramadhan pergi, Syawal akan menjelma. Hakikatnya, kedua-duanya mempunyai hubungkait yang rapat. Pada bulan Syawal ini, Allah SWT menghadiahkan suatu kegembiraan dan kemenangan buat ummat Islam melalui satu sambutan kejayaan yang dinamakan Aidil Fitri. “ Eid Mubarak!” Ia adalah hari raya yang akan diraikan oleh semua ummat Islam atas kejayaan perjuangan melawan dan mengekang hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Allah SWT menghalalkan kita berbuka dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. Justeru, amat-amat tidak beradablah sekiranya kita tidak menyambut hari tersebut dengan kegembiraan, kesyukuran dan keceriaan.

Persoalannya, apakah Aidil Fitri kita nanti berwajah suram atau penuh warna? Bercahaya atau sebaliknya? Maka, Aidil Fitri mesti disambut dalam suasana keimanan dan selari dengan tuntutan syariat. Bahkan, ia tidak sama sekali dengan hari-hari sambutan yang biasa kita sambut seperti Hari Keputeraan, Hari Merdeka dan lain-lain. Ia sangat istimewa kerana ia merupakan kurniaan, anugerah dan pemberian daripada Allah SWT. Aidil Fitri itu mempunyai warna dan cahayanya yang tersendiri. Hari Raya, kita sepatutnya mendapat satu aura dan semangat baru. Motivasi kita tertingkat dan seolah-olah kita sudah menjadi insan yang baru. Ya.

Setelah sebulan berada di medan latihan dan perjuangan – 1 Syawal inilah hasilannya. Kita termotivasi sebagai orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT. Saya kongsikan motivasi kendiri yang harus kita gerakan pada Aidil Fitri agar ianya penuh makna lagi bererti :-
(1) – Zahirkan motivasi kegembiraan dan kemenangan melalui laungan takbir Hari Raya daripada sanubari dan hati dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Kekadang, linangan air mata akan mengalir dengan lafaz-lafaz agung dan mulia. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
(2) – Hubungkan dan eratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga dan masyarakat melalui amalan ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjung dan maaf bermaafan harus dihidupkan dan dipertahankan. Suasana sebegini, akan menyuburkan roh kasih sayang dan kemesraan sesama kita.
(3) – Bangun pagi hari Raya awal sebelum Subuh. Segarkan diri dengan mandi sunat, solat sunat kesyukuran dan hiasi dengan zikrullah serta solat Subuh secara berjemaah. Sejurus itu, sama-sama bantu membantu ahli keluarga mempersiapkan diri untuk ke masjid menunai solat sunat Aidil Fitri dan mendengar khutbah hari raya.
(4) - Biasakan dan war-warkan ucapan tahniah sesama kita ketika bertentangan mata, bertemu, berjabat tangan atau melalui alatan sebaran teknologi seperti SMS, internet, kad raya dan rangkaian social seperti facebook, twitter dan sebagainya. Ucapan yang terbaik ialah : “ Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua” – seperti yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW.
(5) - Penampilan dan pemakaian kita harus segak dan kemas. Sunnahnya, pakaian baru, bersih, terbaik dan memakai bau-bauan serta harum-haruman yang mewangi. Hari raya adalah hari untuk berhias dan mencantikan diri mengikut panduan dan batasan syariat tanpa berlebih-lebihan.
(6) - Amalkan pemakanan yang berkhasiat, lazat, seimbang dan berkat. Janganlah terlalu ghairah menjamu makanan yang terhidang sehingga kita lupakan aspek-aspek kesihatan badan. Makan makan juga, kesihatan perlu diutamakan! Adab-adab makan kita perhalusi dan sentiasa ingatkan ahli keluarga kita untuk sentiasa memeliharanya di masa sahaja kita berada. (7) - Jika berkemampuan kita adakan majlis kesyukran dan keraian. Kita boleh jemput sanak saudara, kenalan, rakan pejabat dan jiran tetangga untuk hadir ke rumah. Bertukar-tukar berita, kisah dan maklumat disamping mengeratkan ukhuwah pertalian saudara yang sedia terjalin.
(8) - Ketika sibuk menyambut hari raya, jangan kita mengabaikan tuntutan kewajiban kita. Solat lima waktu dipelihara, aurat tidak terdedah kepada bukan mahram, adab-adab muslim disantuni sebaiknya, batasan pergaulan terjaga dan sahsiah muslim menghiasi setiap kehidupan kita. Itulah tanda kita adalah hamba-hamba Allah SWT yang mengerti makna sebuah sambutan kemenangan.

Justeru, sambutan Aidil Fitri bukan semata-mata untuk menzahirkan keseronokan, kegembiraan dan kemenangan tetapi ia adalah bentuk kesyukuran dalam rangka memperolehi keberkatan, keredhaan dan barakah daripada Allah SWT. Inilah “cahaya” sebenar sebuah sambutan bagi diri ini kita. Cahaya keimanan dan ketaqwaan memancar terang benderang dalam kehidupan kita dan memberikan ketenangan kepada kita semua. Semangat sebeginilah yang menjadi asas motivasi kita dalam berhari raya. Terasa payungan rahmat Allah SWT dimana sahaja kita berada tanpa gusar, bimbang dan takut. Kerana apa? Kerana kita menghidupkan sambutan Eid Mubarak ini dengan matlamat dan tujuan yang jelas serta dibimbing oleh garis panduan syariat Islam. Buat semua! Salam Aidil Fitri. “ Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua” BroHamzah, Ummu Mukhlisah & Aliyah Mukhlisah

Credit to LangitIlahi

Rants on Raya

And so Ramadhan has left. The ibadah festival with all the delicious offers has ended. The blessed month with the one-night-shortcut to heaven has bid you farewell and yes, no more combo rewards for you. Nu-uh, wipe your tears dry it won’t come back until next year, that is, if you’re still breathing, alive and kicking. Your bad breath now deserves a spanking – no more Mr. Nice Guy-like statement, “MashaAllah, this smells like musk for me!” And the worst part is, ladies and gentlemen, your worst enemy, your ‘aduwwun mubin, the devils are now let loose, hungry of clueless, succulent hearts to yum-yum on. Beware, they are everywhere, one is even now staring at you, unflinching.

OK stop. That’s a lil bit too cruel, don’t you think? Ever since I was a kid, the notion of Ramadhan as a month of ibadah, training and perseverance and Raya as the day of glory has always been ingrained in my mind. As I grew older, I learned that the sahabahs, companions of the Prophet pbuh wept until their beards are wet of tears when Ramadhan leaves, fearing that they have not obtained the best of the month, anxious if their sins were not yet forgiven and worried if there is no more Ramadhan for them next year.

My oh my, this has always been a conflict for my young, clueless mind. How, let me ask you, can I be sad to leave Ramadhan when there’s a truckload of cool stuff on TV on Raya? And mind you, all the ever so inviting, yummy, can-get-during-Raya-only food waiting on the table, the open houses, the new fancy clothes, and green packets that make you go mad they make you wanna shout ‘Oh Lord, why can’t everyday be Hari Raya??’ Hmm…. There used to be a trend of showing circus and magic shows on Raya back when I was small. David Copperfield somehow would get very famous during Raya then but now no more. Perhaps TV channels are no longer interested in him. That’s a good sign I guess. At least it makes it less obvious that all the devils are out during Raya hence making his magic works (hehe!).

Time has changed but some people’s perspectives have not. Replacing circus and magic shows on TV are now local and international movies that make people laugh and enjoy the happy Raya mood. Doubled with the slogan ‘Terbaik Raya’, everything seem to fall into place even though there are less and less takbirs on TV this year if you noticed. In previous years I could still remember seeing our country leaders, some ustazs and local artistes sitting together doing the takbir and the clip would be shown repeatedly throughout the first few days of Raya.

That’s a very good sight for me. At least it ‘neutralized’ the horror movies that used to be so popular (talk about Pontianak Harum Sundal Malam and all other pontianaks) let loose on TV during Raya. Then again, Raya will still be Raya. It is indeed, a Day of Glory for us Muslims for having successfully graduated from the University of Ramadhan. It is a day that should be enjoyed and cherished with our family and friends, a day to ask forgiveness (not that we do it on this day only) and to show our gratitude to Allah for all the blessings that He has mercifully bestowed. Raya is also a day of reflection. On the occasional visit to the cemetery, we ask ourselves, “Have I prepared enough for my day to come?” and we ask that Allah bless our brothers who have left before us.

As we leave the cemetery, we remind ourselves that we shall be left alone in the dark, just like the day we came to this world, alone, from the darkness of our mothers’ womb. And perhaps the most important part for me is, having graduated from Ramadhan, is to reflect on what shall we become, now that we own the scroll everyone longs so much. Will our endurance and perseverance leave us just like Ramadhan is now away? Will our diligence in controlling our desires halts with the coming of Syawal? Will we become the same person we were (or worse) before Ramadhan? If we don’t improve during Ramadhan, even with the devils chained, bound and gagged, what do we expect to become of us in the months after? Lord, those are heavy questions, at least for me to answer. Let’s pray that Allah will extend his blessings of Ramadhan on us this Syawal and in the days after, as long as we are still breathing. Let’s hope that Allah will not put our efforts in Ramadhan to avail, like dusts in the air, or writings on the sand. Let’s pray with all our hearts, that our Raya is really a ‘Terbaik Raya’ in the eyes of Allah. Amin. And when My slaves ask You (O Muhammad ) concerning Me, Then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when He calls on Me (without any mediator or intercessor). so let them obey Me and believe In Me, so that they may be led aright. (Al-Baqarah : 186)

Credit to LangitIlahi

Ramadan is leaving but why can’t I stop sinning?”


“After you’ve gone away Ramadan”

Prof Tariq Ramadan once said that “Our relationship with Allah is a love story.” It gives the implication that we are in love with Allah through what He has to offer. In this case, we are in love with Ramadan. We are “in a relationship” with Ramadan, we are “married” to Ramadan venturing 30 days of honeymoon, sweet memories and cuddlesome moments together. But the bitter fact that we need to accept is “Ramadan is leaving.” Yes, our very own lover is leaving us behind even though we still guidance and enlightenment. “Why do you have to leave us O Ramadan?” we question this although we know the answer.

We are sad because this is the only month we are a little bit committed to our deen. We have quadrupled our deeds than we what normally do. Even though we commit sins, it is less than in other months. We will be left as a widower or a widow for the days yet to come until we meet again the following year. True that Ramadan is leaving and we are still sinners, but the end of Ramadan does not indicate the end of the world right? Brace yourselves! Taqwa is not only during Ramadan All the countless prayers you’ve done, all the thousands pages of Quranic recitation, all the tremendous amount of donation done during Ramadan is for Taqwa, but should not be restricted during Ramadan only.

The pursuit of achieving the scroll of Taqwa is a long-life hot pursuit. Ramadan is there as a booster only. What is the use of our saint-like character in Ramadan without continuing it outside Ramadan? In this verse “O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous”, Allah stressed Taqwa because it is easier achieved during Ramadan.

Allah says in another verse, Al-Baqarah: 197 “And take provisions, but indeed, the best provision is fear of Allah. And fear Me, O you of understanding” meaning that this life is all about being strong and the best equipment to ensure our strength is Taqwa. Ramadan is only one portion of life. There’s more to life than Ramadan. “To sin or not to sin is my dilemma” You and me, we are all sinners. We do all kinds of sins. Our dilemma is to sin or not to sin, trapped between the two. The severity of Allah’s punishment is certainly different on each level but the basic is committing a sin. All in all, we are taught as Muslims that Allah is the most forgiving and will keep on forgiving continually. Human are never foreign to mistakes.

Whether if it is Ramadan or not, we still sin. But there is no point in discussing what kind of sin we commit. Sinning is inevitable as “to err is human.” Therefore, we are in need for Allah’s forgiveness. What interests us is “how to stray away from committing sins.” It is crucial to state the hadith “Every son of Adam sins, and the best of those who sin are those who repent.” For those who think they are “losers” who keeps on sinning inside or outside Ramadan, please reflect on these verses. “And whoever does evil or wrongs himself but afterwards seeks God’s forgiveness, he will find God Oft Forgiving, Most Merciful.” (Quran 4:110) “And O my people! Ask forgiveness of your Lord and then repent to Him, He will send you (from the sky) abundant rain, and add strength to your strength, so do not turn away as criminals, disbelievers in the Oneness of God.” (Quran 11:52) “Say: ‘O My slaves who have transgressed against themselves (by committing evil deeds and sins)! Despair not of the Mercy of God, indeed God forgives all sins. Truly, He is Oft-Forgiving, Most Merciful.’” (Quran 39:53)

Conclusion: Our relationship with Ramadan is a love story If many of you who feel Ramadan is not a serious lover who comes and goes, you guys are wrong. Ramadan is our lover, a lover who is training us to be independent for the days yet to come. Remember, the reason why we are so intensely in love with Ramadan is only because Allah asks us to do so. That is why, when somebody says “Ramadan Karim,” we reply back “Allauakram.” When somebody says “Ramadan Mubarak” we reply back “Allah Yubarik.” “Ramadan Karem” means “Ramadan that is honored” but “Allahuakram” means “Allah is the most honorable.” “Ramadan Mubarak” meas “The Ramadan that is blessed” but “Allah Yubarik” means “Allah is the one who showers blessings.” Allah should be above all others. We are not servants of Ramadan but servants serving our Rab.

Credit to LangitIlahi

Friday, August 17, 2012

Konvokesyen

Alhamdulillah tarikh konvokesyen aku sudah diketahui. Akhirnya berjaya juga aku memperolehi ijazah walaupun sudah agak jauh ketinggalan dengan rakan-rakan seperjuanganku masa Diploma dulu. Ada yang sudah menghabiskan PHD pun.... Apapun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun dengan bebanan kerja yang agak banyak akhirnya aku berjaya juga. Terima kasih juga buat isteri, anak-anakku yang memahami, ibuku yang tak jemu-jemu mendoakan kejayaan anaknya serta sahabat-sahabat yang menyokong aku. Semoga Allah saja yang membalas jasa anda semua.


Tuesday, August 14, 2012

Sisters: Menjadi Ibu Generasi – Kita dan masa depan dunia

Pendahuluan

Sesungguhnya sejarah telah banyak membuktikan kejayaan tokoh-tokoh hebat dunia adalah berkat usaha dan kesungguhan para wanita yang menyandang ‘title’ sebagai ibu mereka. Baik dalam sejarah dunia islam, atau dunia barat. Sebut sahaja tokoh-tokoh seperti Sultan Muhammad Al-fateh, pembuka kota Constantinople, Imam Shafie rahimahullah, imam feqah yang hebat, para ibu merekalah yang menjadi individu yang sangat berpengaruh dalam hidup mereka.

Bahkan mantan presiden US, Abraham Lincoln sendiri pernah dengan rendah dirinya berkata kepada orang ramai ketika mereka memuji dan mengucapkan selamat kepadanya, “Janganlah kamu memberikan ucapan selamat dan tahniah kepadaku, tetapi berikanlah ucapan itu kepada yang lebih layak menerimanya, iaitu ibuku.”



Anak-anak adalah masa depan dunia

Akan tiba masanya nanti, anak-anak yang ada di hadapan kita hari ini adalah mereka yang akan menggantikan generasi kita di masa hadapan. Bagaimana kita mencorakkan mereka hari ini mempunyai kesan dan pengaruh yang besar kepada keadaan dunia di masa hadapan.

Kata Dr. Amani Ar-ramadi, penulis buku Pendidikan Cinta untuk Anak,

“anak merupakan pondasi yang paling mendasar bagi terbentuknya sebuah bangunan masyarakat. Apabila kita meletakkannya dalam pondisi yang benar, bangunannya secara utuh akan bisa lurus – kendati bangunan tersebut besar dan mencakar langit.”

Beliau juga mengibaratkan anak-anak yang ada hari ini seperti bibit tumbuhnya suatu pohon generasi yang besar, yang darinya akan tumbuh cabang-cabang dan ranting-rantingnya. Oleh itu tidak cukup untuk kita sekadar memerhatikan kesihatan fizikalnya, tetapi semestinya kita memberi perhatian lebih pada kelurusan cara berfikir dan cara pandangannya.



Mengapa kita, wahai wanita?

Allah yang Maha Hebat telah menetapkan hubungan seorang ibu dengan anak kandunganya suatu hubungan yang istimewa. Kita, para ibu bersama dengan si anak itu bukan sahaja setelah dia kita lahirkan, tetapi saat ‘zigot’ itu melekat dalam rahim kita.

Si anak berkongsi dengan kita hampir segala-galanya. Sudahlah lebih sembilan bulan si anak yang ketika itu masih janin berkongsi apa sahaja dengan ibunya; baik makanan, perasaan dan lain-lainnya. Sepanjang tempoh penyusuan juga, si anak tetap terkesan dengan apa sahaja daripada ibunya; percakapannya, detik hatinya, perasaannya, dan pemakanannya. Maka, bayangkanlah betapa dekatnya dan rapatnya hubungan antara si anak dengan ibunya berbanding dengan manusia-manusia lain dalam kehidupannya.

Lantas, saat disedari hadirnya ‘zigot’ kecil itu dalam rahimnya, si ibu mesti mula memikirkan kesan segala tindakannya kepada dirinya sendiri, tetapi kepada si anak yang dikandungnya dan yang bakal disusukannya. Kiranya baik akhlaq dan tindak lakunya saat itu, insya-allah baik jugalah kesannya kepada anaknya. Begitu juga sekiranya buruk akhlaq dan tingkah lakunya sepanjang tempoh mengandung dan menyusu itu, na’uzubillah, tidak dinafikan anak itu berisiko untuk terkesan dengan ibunya.

Ustaz Al-Maududi, seorang ‘ulama yang terkenal pernah mengungkapkan bahawa;

“Sesungguhnya para isteri adalah benteng terakhir yang di dalam benteng itu Islam melindungi akhlak dan peradabannya. Tidak diragui lagi bahawa salah satu manfaat besar dari peraturan islam adalah wanita Muslimah harus berada di belakarng hijab adalah supaya dada yang air susunya diminum seorang bayi muslim tetap suci dan bersinar dengan cahaya Islam. Dengan itu hasilnya akan terbina seorang bayi muslim yang tetap terjaga dari pengaruh kekufuran, kesesatan dan akhlak serta perbuatan yang tidak baik. Kehidupannya yang masih asli dipenuhi suasana Islam yang murni, terjaga dari pengaruh luar.”



Penutup

Sama ada kita mahu atau tidak, kita sedar atau tidak, peranan kita, para ibu amatlah penting terhadap pembinaan sesebuah generasi. Justeru, mari kita segera koreksi diri bagaimana kita memandang perkara ini dalam hidup kita? Apakah persediaan dan persiapan kita untuk menyambut tugas yang telah ditetapkan buat kita ini? Bolehkah kita hanya bersikap sambil lewa terhadap hal ini? Ayuh fikir-fikirkan hai sisters yang dikasihi kerana ALLAH, kerana mahu atau tidak, kita adalah pencorak penting masa depan dunia!

Insya-allah, di artikel seterusnya, saya akan berkongsi pula dengan anda salah satu kunci yang penting sebagai bekalan untuk menjadi ibu generasi. Wallahua’lam.

Kredit to LangitIlahi

Monday, August 13, 2012

Akhir Ramadan-Olimpik amalan

Saban hari media kian rancak menyebarkan berita tentang pahit getir atlet sukan yang bertungkus lumus mengerah tenaga bagi memburu kejayaan bagi acara yang dipertandingkan untuk negara masing-masing di temasya sukan Olimpik London 2012. Ikut resmi pertandingan semakin dekat ke garisan penamat makin gigih pula para atlet memaksimakan kemampuan. Tidak kurang juga penonton yang memberi sorakan bertambah semangat melaungkannya buat para atlet pilihan.

Begitu juga sepatutnya Ramadhan. Kini, nakhoda bulan mulia ini sudah berada di pinggiran yang tidak berapa hari lagi bakal melabuhkan sauh. Namun adakah kita terus meningkatkan amalan kita atau masih pada paras yang sama? Atau semakin berkurangan?

Kelebihan Umat Rasulullah

Umur umat akhir zaman ini lebih pendek jika hendak dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu. Allah maha Adil. Walaupun umur majoriti kita dewasa ini pendek, tetapi dengan sifat rahmat Allah, Allah mengurniakan tawaran-Nya kepada hamba-hamba. Tambahan lagi dalam bulan ramadhan di mana dikurniakan keluasan medium beramal dengan menawarkan malam yang disebut Al-Qadr seperti firman-Nya yang menjelaskan kelebihan malam ini:

“Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr;3)



1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Belum tentu lagi bagi umat ini untuk hidup selama tempoh ini. Namun, inilah kelebihan umat baginda. Ditentukan umur yang pendek, tetapi diganjarkan dengan kelebihan yang pelbagai. Bagaimanapun, ia jadi seakan-akan tiada apa-apa bagi mereka yang tidak berusaha mendapatkannya.

Penurunan Al-Quran

Berdasarkan ayat pertama surah Al-Qadr dikhabarkan kepada kita bahawa Al-Quran itu diturunkan pada malam yang agung itu secara terus. Namun terdapat sedikit perbezaan kerana Al-Quran seperti mana yang kita ketahui turun secara beransur-ansur kepada nabi s.a.w.

Dalam perbahasan ini, sarjana ilmu Al-Quran menukilkan bahawa disebutkan turun secara terus pada satu malam itu adalah penurunan Al-Quran daripada Luh Mahfuz (tempat terkumpul ketentuan Allah) ke Baitul Izzah di langit dunia. Adapun turun beransur-ansur itu adalah pada dada rasulullah s.a.w. agar mudah difahami dan dilaksanakan oleh baginda dan para sahabatnya. Hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat” (Ad-Dukhan:3)

Oleh itu, semarakkan juga malam-malam kita dengan bacaan Al-Quran sebagai tanda menyambut ‘kelahiran’ Al-Quran kepada kita.

Penentuan Perjalanan Hidup

Dinamakan malam Al-Qadr juga kerana pada malam yang mulia ini juga segala ketentuan dalam kita menjalani kehidupan akan dicatatkan. Seperti yang disebutkan Allah dalam firman-Nya:

“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)” (Al-Qadr:4)

Justeru, adalah lebih baik untuk kita sebagai hamba memohon doa agar Allah menetapkan apa yang terbaik untuk kita jalani baik untuk diri sendiri, mahupun orang lain dan juga agama.

Tercari-cari atau berusaha mencari?

Terlihat seakan sama keduanya. Namun ianya berbeza. Mereka yang tercari-cari biasanya akan cuba sedaya upaya mencari tanda-tanda peristiwa malam Al-Qadr sahaja. Lain pula bagi mereka yang berusaha mencari lazimnya akan fokus beribadah kerana menyedari bahawa pastinya malam tersebut akan dilalui tanpa ragu jika berterusan istiqamah. Oleh itu janganlah kita asyik tercari-cari tanda-tandanya sahaja tetapi usahalah untuk mencari malam tersebut sepanjang malam akhir bulan ramadhan ini. Sebagaimana disebutkan dalam dua hadis daripada Aisyah r.a:

“ carilah Lailatul qadr itu pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. (Muttafaq ‘alaih)

“ carilah lailatul qadr itu pada hari ganjil dari sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan. (HR Bukhari)

Berpandukan kedua hadis diatas, saya cuba terjun ke alam realiti pada tahun ini. Jika kita sedar di Malaysia kita berpuasa sehari lebih lewat berbanding negara-negara di Timur Tengah dan Eropah. Jadi bilangan hari kita terkebelakang sedikit berbanding negara- negara tersebut. Justeru bagaimana penentuan malam yang mulia ini kerana berbeza dari sudut tarikh?

Allah lebih Mengetahui. Sebab itu antara pedoman yang kita peroleh adalah terus berusaha menghidupkan keseluruh akhir ramadhan ini tidak kiralah malam ganjil atau genap nescaya malam yang dijanjikan dengan pelbagai kebaikan ini akan dapat ditemui.

‘Iktikaf + Qiamullail

Malam itu seperti yang dijanjikan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun ia langsung tidak bermakna jika tidak memanfaatkannya. Selain daripada bacaan Al-Quran dan berdoa, kita juga disunatkan untuk ber’iktikaf seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar:

“Rasulullah s.a.w selalu beri’tikaf pada sepuluh terakhir ramadhan. (Muttafaq ‘alaih)

‘Iktikaf atau mendampingi masjid ini amat digalakkan kerana Rasulullah sendiri melaksanakannya. Bahkan cara baginda beri’ktikaf disebutkan oleh para sarjana, baginda memasuki masjid pada sepuluh hari sebelum akhir ramadhan dan keluar setelah ramadhan berlalu. Namun salah faham sering berlaku kerana ada yang berpendapat tidak boleh keluar langsung sewaktu masa i’ktikaf. Pandangan ini harus dinilai semula kerana saidina Umar r.a juga keluar dari masjid atas urusan pentadbiran negara. Maka, beri’ktikaf di masjid bukan bermakna mengetepikan langsung urusan dunia tetapi meminimakannya dengan fokus kepada ibadah pada Yang Esa.

Dalam beri’ktikaf pula kita digalakkan untuk berqiamullail (bangun malam) dengan menunaikan solat-solat sunat yang lain seperti tasbih, taubat, hajat dan sebagainya. Adapun kelebihan melakukan solat pada malam hari ini disebutkan dalam hadis baginda:

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika umat manusia sedang tidur panjang maka kamu akan masuh syurga dengan aman”. (HR Tirmidzi, hasan sahih)



Perbaiki diri dan ajak orang lain

Dalam kita berusaha untuk mempertingkatkan amal ibadah khusus kita pada saat getir ini, jangan pula kita lupa untuk mengajak orang lain untuk turut serta. Lebih-lebih lagi ahli keluarga dan juga sanak saudara kerana Allah memerintahkan kepada kita untuk kita menjaga dan memelihara ahli keluarga kita daripada melakukan dosa. Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) (At-Tahrim:6)

Begitu juga dalam ibadah yang ingin dilakukan pada malam-malam akhir ramadhan seperti yang telah Rasulullah buat kepada ahli keluarga baginda. Aisyah r.a ada meriwayatkan hadis perihal perilaku rasulullah:

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “apabila telah memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan menghidupkan malam dan membangunkan keluarganya, baginda bersungguh-sungguh dan menguatkan ikatan sarongnya. (Muttafaq ‘alaih)

Melihat kepada hadis ini selain baginda mengajak ahli keluarganya, tergambar juga kesungguhan baginda dalam melaksanakan ibadah dalam tempoh ini (akhir ramadhan) di mana baginda menguatkan ikatan sarongnya. Dalam menerangkan maksud ini ada ulama’ yang berpendapat bahawa Rasulullah tidak menggauli isterinya dan ada juga berpandangan baginda mengurangkan makanan. Adapun yang penting ia mempotretkan bahawa baginda mengerah keringatnya sehabis mungkin untuk tumpu beribadah kepada-Nya.

Manfaatkan Peluang Bertemu Al-Qadr

Jika kita berkunjung ke rumah sahabat handai yang sudah lama tidak ketemu nescaya kita datang bersama buah tangan atau perkara yang dapat dijadikan ingatan. Begitu juga Al-Qadr yang seperti diketahui datang hanya sekali dalam setahun. Justeru ‘buah tangan’ yang paling sesuai untuk kita sertakan bersama kunjungan pada malam itu disebutkan dalam hadis daripada Aisyah r.a:

“Aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahulah saya sekiranya saya mendapati malam lailatul qadr itu apakah yang harus saya ucapkan di dalamnya? Baginda bersada”: Katakanlah:



اللّهمّ إنّك عفوّ كريم تحبّ العفو فاعف عنّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia dan Engkau suka mengampunkan, maka ampunkanlah aku.”

[HR Tirmidzi, hasan sahih]



Merujuk kepada hadis di atas Rasulullah s.a.w menggunakan perkataan عفوّ tetapi tidak menggunakan perkataan غفور. Apakah perbezaan bagi keduanya?

عفوّ: Allah menghapuskan dosa-dosa kita secara serta merta dan memelihara kita daripada melakukan dosa

غفور: Allah hanya menutupi dosa-dosa yang telah dilakukan tetapi tidak mendedahkannya dan tidak pula menghukum atas dosa tersebut dan akan diampunkan pada hari akhirat kelak.

Hadis sandaran atas hujah ini sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Ibnu Umar dalam hadis Qudsi:

“Sesungguhnya Aku (Allah) merahsiakannya (dosa-dosa) ke atas kamu di dunia dan mengampunkannya pada hari ini (saat memberi kitab amalan)”. (HR Bukhari)

Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa kedua-dua sifat yang mulia ini sebenarnya membawa maksud pengampunan. Bezanya diampun secara langusung atau ditangguhkan keampunan dengan memberi ruang untuk manusia bertaubat. Selain itu, sambungan hadis ini juga menyatakan bahawa Allah tidak mengampunkan orang yang munafiq dan orang yang lari dari medan jihad kecuali dengan sebenar-benar taubat.

Namun dalam menerangkan kepada kita kaedah berdoa di malam Al-Qadr, rasulullah menyebutkan perkataan عفوّ yang memberi isyarat kepada kita bahawa pengampunan Allah senantiasa menanti buat hamba-Nya yang berusaha meminta. Justeru, relevankah malam-malam akhir ramadhan ini dibiar berlalu pergi tanpa ada pengisian walaupun hanya dengan secebis doa?

Wallahualam~

Kredit to LangitIlahi

Saturday, August 11, 2012

Berita sedih

Allahu semalam aku dikejutkan dengan berita 2 berita yg agak sedih. Pertama kematian Pak Uda Mokhtar. Salah sorang pakcik wife aku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah....
Yang keduanya apabila wifeku memberitahu yang dia ada bleeding, Allahu....besar sungguh dugaanMu Ya Allah di bulam puasa ini. Setelah dirujuk ke Hospital Serdang Alhamdulillah kandungan tiada apa-apa, namun status kandungan untuk gugur adalah 50-50. Jadi wifeku perlukan rehat secukupnya. Disinilah perananku utk mengambilalih tugasannya. Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan utk menghadapi dugaanMu ini.....

Thursday, August 9, 2012

Motivasi : Tips – 10 Cara Untuk Kekal Proaktif Sepanjang Ramadhan 4 days ago

Ia bukan sekadar hembusan hasrat dan hajat semata-mata, tetapi digerakan melalui tadahan munajat, amalan dan tindakan. Kita mampu untuk lebih proaktif! Salam Ramadhan kepada semua pembaca. Alhamdulillah, begitu pantas masa berlalu dan kita sudah berada di fasa ke dua Ramadhan. Bagaimana “kehidupan” saudara-saudari sepanjang Ramadhan ini?

Letih?
Penat?
Mengantuk?
Kurang semangat?
Atau Semakin bertenaga?
Seronok?
Ceria?
Proaktif?

Kelihatan, ramai yang lama termenung mencari jawapan. Apa pun, mari kita lihat sebenarnya apakah Ramadhan itu sesuatu yang biasa-biasa atau luar biasa kepada kehidupan kita. Ramadhan adalah bulan yang istimewa, bukan sahaja kerana barakah, rahmat dan kedamaian serta kelebihan beramal dalamnya tetapi Ramadhan adalah bulan yang boleh menjadi titik permulaan untuk kita melancarkan satu semangat dan anjakan paradigm yang baru untuk lebih produktif dan proaktif dalam pekerjaan seharian kita.

Biar betul? Ya, betul-betul. Apa jua pekerjaan kita, – sebagai bos, majikan atau pekerja dalam pelbagai sektor swasta atau awam – sebenarnya kita mampu lebih proaktif melebih bulan-bulan yang lain. Begitu juga sekiranya kita adalah pelajar, penuntut ilmu dan mahasiswa. Banyak manfaatnya yang kita peolehi ketika menjalani kehidupan sepanjang Ramadhan ini. Bagaimana ya? Saya kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan proaktiviti dan mengekalkannya sepanjang Ramadhan.

(1)- Kita mulakan hari kita seawal pagi sebelum Subuh. Untuk apa? Bertahajud, bersahur, membaca Al-Quran dan solat Subuh berjemaah di masjid atau surau. Jika kita perasan, hal ini lebih mudah kita lakukan di bulan Ramadhan.

(2)- Prestasi kehadiran kita ke pejabat atau ke kelas akan lebih awal kerana semasa itu kita tidak sibuk dengan agenda untuk bersarapan pagi. Terus sahaja punch card atau hadir ke kelas lebih awal daripada biasa.

(3)- Hubungan keharmonian sesama keluarga dan komuniti masyarakat akan lebih subur dan mekar melalui aktiviti kebersamaan. Contohnya, kita akan lebih banyak masa bertemu dan bersama ketika saling bantu-membantu menghidang jamuan untuk bersahur dan berbuka.

(4)- Waktu tengahari ini, suasana sangat tenang, damai dan tenteram. Tiada lagi kesibukan untuk keluar ke pejabat atau kelas untuk mencari juadah makanan tengahari. Masa itu fikiran kita boleh terfokus untuk bertadarus Al-Quran dan solat zohor berjemaah di surau atau masjid.

(5)- Aktiviti kerohanian semasa tengahari akan memberikan suntikan kesegaran kepada kita untuk lebih gigih dan kuat untuk bekerja dan belajar pada sebelah petang. Jika sempat, kita lakukan qailulah (tidur sebentar sebelum zohor) untuk rehatkan badan dan minda.

(6)- Bulan Ramadhan kita akan mengurangkan aktiviti yang mazmumah (tercela) seperti menipu sesama rakan-rakan, mengumpat, mencarut, curi tulang, rasuah dan sebagainya. Bahkan, kita akan berikhtiar untuk banyak amalan-amalan soleh.

(7)- Latihan Ramadhan adalah untuk melatih kita lebih cekap dan punyai daya kepantasan untuk sempurnakan kerja dengan lebih baik, tangkas dan tersusun kerana kebiasaanya waktu pejabat dipendekan dan pulang lebih awal.

(8)- Waktu berbuka adalah waktu yang penuh barakah. Masa ini suasananya sangat jarang diperolehi di bulan-bulan lain. Semua orang berhimpun sesama ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan untuk berbuka. Berdoa bersama, bertanya khabar mengeratkan silaturahim dan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih tentunya memberikan kesan tersendiri kepada hubungan keinsanan yang ampuh dan kukuh.

(9)- Ramadhan adalah bulan latihan daya tahan tubuh badan, minda dan perasaan. Kita akan bermujahadah melawan tuntutan nafsu, mengabaikan keletihan, lapar dan dahaga. Bukankah semua ini satu bentu pakej lengkap untuk lebih proaktif di masa hadapan?

(10)- Untuk mencapai semua perkara di atas, kita perlu ada suatu mind setting yang jelas bahawa kerja di bulan Ramadhan akan lebih pantas, cekap, laju, selesa, lancer tanpa banyak gangguan, berdaya maju dan segar. Hal ini telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW dan generasi salafusoleh yang silam. Justeru, bagaimana dengan kita semua? Proaktif atau reaktifkah kita dalam menjalani kehidupan sepanjang Ramadhan kali ini? Soalan ini, yang akan menjawabnya sudah tentu diri kita.

Yang penting, kita kesemua aktiviti ini akan membantu kita untuk meraih keampunan daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.” ( Hadis Riwayat al-Hakim) Ayuh, sama-sama kita semak. Perjalanan menuju penghujung Ramadhan tinggal separuh lagi. Kita punyai masa untuk perbaiki mutu dan kualiti amalan kita di bulan penuh barakah ini. Jangan lupa akan motto kita untuk Ramadhan kali ini agar ianya tersemat di jiwa dan minda kita semua, iaitu : “ Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buatku!.”

Kredit to LangitIlahi

Led by Samsung

“Android continues to fire on all cylinders,” notes IDC senior research analyst Ramon Llamas in IDC’s just released report on smartphone operating system market share for the second quarter of 2012. The report reveals Android powered smartphones accounted for 68.1% of all smartphones shipped during the second quarter. Year-over-year numbers reveal the number of Android smartphones shipped in the second quarter doubled from 2011 to 2012, with more than 100 million units shipped this year during the second quarter.

Leading the way for Android powered devices was Samsung which accounted for 44.0% of Android smartphones shipped during the second quarter. Meanwhile, Apple’s share cooled to 16.9% of the market on shipments of 26 million iOS powered units. Although the growth in Apple’s numbers compared to a year ago would normally seem strong, iOS shipments are not keeping pace with the explosive expansion for Android smartphones. This probably explains why Apple is fighting so hard in litigation against Android’s current flagship manufacturer, Samsung.

Meanwhile, stalwarts Blackberry and Symbian both saw their market share slip below the 5.0% level at 4.8% and 4.4% respectively. Market share for Windows based phones crept up slightly and Microsoft may not be far off from taking over third spot in the near future. It would be a distant third though as Android and iOS now command 85.0% of market.

source: IDC

Kehidupan: Ramadhan – Lailatul Qadrmu, Lailatul Qadrku.

10 malam terakhir mendekati kita. Yang seronoknya 10 malam terakhir dalam Ramadhan adalah, kewujudan lailatul qadr. Malam yang Allah SWT sendiri isytiharkan bahawa, ianya lebih baik dari 1000 bulan. Siapa yang tidak teruja. Lebih-lebih lagi pendosa seperti kita. “Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan.

Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5. Ramai yang mencari malam Al-Qadr ini. Mahukan ibadahnya dikira lebih baik dari 1000 bulan katanya. Maka macam-macamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini. Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matriks, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang. Macam-macam. Mungkin kita ini sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu.
Tetapi yang paling menggeletek hati saya adalah, Drama Malam Al-Qadr yang sering berlaku. Apakah ‘drama’ itu? Baiklah, bayangkan ini adalah hari ke 25 Ramadhan. Apa perasaan anda, kalau saya kata: “Lailatul Qadr itu malam tadi” Dalam keadaan kita tidak bangun pada malam ke 25 itu. ? Menyangkal, Menyokong. “Ish, mana ada. Takkan malam tadi” “ha’ah la, tak ada pun tanda-tandanya” Mungkin sebahagian orang akan menyangkal kata-kata saya itu. Tapi saya yakin ada pula sebahagian orang yang akan berkata: “Betul la. Semalam memang lailatul qadar. Aku dapat rasa” “Ha’ah la, aku dapat tengok tanda-tandanya. Tandanya itu… ini…” Baik, sekarang tahukah anda, kenapa ada orang menyangkal, dan kenapa ada orang menyokong? Sebenarnya, yang menyangkal adalah mereka yang tidak bangkit, tidak beribadah sungguh-sungguh malam tadi. Bagi yang terbangkit pula, mereka akan kata malam itulah lailatul qadr.

Sebab ada kemungkinan, hari lain mereka tak bangkit. Jadi hari yang terbangkit, itulah lailatul qadr. Hari yang tak bangkit, itu bukan lailatul qadr. Sebab itu ada canda berbunyi: “Orang arab, mereka set tarikh Lailatul Qadr pada 27hb Ramadhan. Tapi kalau orang melayu, Lailatul Qadrnya bila mereka terbangun, dapat buat qiamullail dalam 10 hari terakhir.” Saya Pun Tidak Tahu Sebenarnya. Tetapi Pengajarannya adalah Mencari, Bukan Menanti! Saya tidak tahu pun bila lailatul qadr itu berlaku. Tapi apa perasaan anda, kalau benar-benar kita terlepas lailatul qadr? Mesti ada sedikit selitan rasa kecewa dalam jiwa bukan? “Ish, kenapa la aku tak tidur awal semalam?” “La, kenapa la aku lalai sangat buat kuih sampai tak buat apa-apa ibadah semalam?” “Aiseh, shopping sampai lupa dunia, terlepas lailatul qadr” “Aku tidur dari lepas buka, sampai nak subuh. Lailatul qadr rupanya” Macam-macam mungkin akan terlintas dalam hati kita yang terlepas lailatul qadr kan? Sebenarnya, lailatul qadr bukan perlu kita tunggu-tunggu dia. Bukanlah sepatutnya kita, menunggu, mencari-cari tandanya, baru hendak bergerak beribadah. Kalau begitu, yang kita sembah adalah lailatul qadr, bukan Allah SWT.

Ada hikmah, kenapa Allah tidak bagitahu secara jelas, bila malam yang mulia, penuh barakah ini. Sama seperti sebabnya kenapa Allah tidak bagitahu bila kita mati. “…Untuk melihat, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya…” Surah Al-Mulk ayat 2. Agak-agak, adakah gandaan pahala, gandaan amal yang lebih baik dari 1000 bulan itu, Allah akan bagi pada kita, dalam keadaan kita ini lalai kepada-Nya? Dalam keadaan kita ini jauh daripada-Nya? Dalam keadaan kita ini tidak bersungguh-sungguh langsung mendekati-Nya? Ada orang kata, lailatul qadr ini luck sahaja. Dapat dapat lah. Tak dapat, tak dapat lah. Itu satu pendapat yang salah saya rasa. Lailatul Qadr, adalah salah satu dari rezeki-rezeki Allah SWT kepada hamba-Nya yang terpilih. Terpilih di sini, bukan nasib baik. Tetapi terpilih kerana kesungguhnnya, terpilih kerana mungkin ada amalnya yang terangkat di sisi Allah, terpilih kerana dia memang meminta kepada Allah SWT.

Siapakah Yang Berdoa? Siapakah antara anda yang berdoa: “Ya Allah, berikanlah aku rezeki dapat beribadah pada malam lailatul qadr?” Biasanya, orang melayu akan kata: “Harapnya, kita dapat berjumpa malam lailatul qadr pada Ramadhan kali ini” Sekadar berjumpa, memang semua kita akan berjumpa dengan lailatul qadr. InsyaAllah tak akan miss, melainkan kita tidur dari lepas asar sampai pukul 7.00 pagi esoknya, setiap hari, pada 10 malam terakhir. Tapi masalahnya, siapa yang diizinkan Allah, dipilih oleh Allah SWT untuk beribadah, memohon apa yang ingin dipohon, pada malam yang mulia ini? Inilah ruginya orang yang tidak bersungguh-sungguh sedari awal Ramadhan. Yang dia tahu, menunggu 10 malam terakhir. Tapi bila tiba 10 malam terakhir, dia tetap tidak mampu bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana dia telah lemah selama 20 hari. Mustahil orang yang tidak pernah berjogging langsung, boleh masuk pertandingan maraton 50KM.

Penutup: Terlepas Lailatul Qadr, dan dia tidak rugi. Bagaimana? “Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga” Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula. Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya. Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya. Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan? Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan? Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita. Justeru, untuk Ramadhan 1433H kali ini, kita masih belum menjengah ke dalam 10 malam terakhir. Ayuh kita muhasabah diri. Ubah sikap. Mari berusaha menggapai Lailatul Qadr, dan mendakap redha Ilahi! Mari Menjadi Hamba!

Kredit to LangitIlahi